Tips Penjagaan Rambut & Kulit Artis Malaysia
9:00 PM
Bahagian Pentadbiran
Cemburu
betul aku nengok si polan tu...Cantik betullah. Kulit punyalah cerah,
mulus macam kulit bayi..rambut pulak tok sah kata, lebat berkilau-kilau
cantiknya. Agaknya apa yang dia pakai ek? Dari hujung rambut sampailah
ke hujung kaki, PERFECT sungguh!
Mesti ada antara kita terutamanya kaum wanita yang pernah berkata demikan tatkala melihat atau bertemu mana-mana artis wanitakan? Tak dinafikan bahawa kebanyakan mereka yang bergelar artis ni memang punya pakej lengkap sebagai seorang selebriti. Dengan muka cantik yang boleh market, susuk tubuh yang hampir sempurna ukurannya ditambah dengan solekan yang kene pada tempatnya. Artis memang jadi ikutan dan kegilaan sesetengah masyarakat kita terutama dari segi kecantikan dan gaya.
Agak-agaknya,
apa rahsia di sebalik kecantikan rambut dan kulit yang dimiliki oleh
artis-artis yang menjadi ikon masyarakat ni ya? Kita mulakan dengan
penyanyi paling popular yang menjadi pujaan dan kesayangan ramai. Siapa
lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Kecantikan wanita yang
satu ini memang tak dapat dinafikan lagi. Kulitnya memang mulus, cerah
dan tiada cela! Difahamkan Siti punya cara tersendiri untuk mendapatkan
kulit yang cantik dan mulus.
Menggunakan
tepung pulut yang dicampurkan dengan air lalu dijadikan masker pada
muka sebelum tidur. Keesokan harinya barulah dibilas. Selain itu, Siti
juga gemar mengambil madu lebah dan dicampur dengan putih telur turut
dijadikan masker selama lebih kurang setengah jam, kemudian dibilas.
Hampas kelapa rupa-rupanya ada kegunaan buat isteri kesayangan Datuk
Seri Khalid Muhd Jiwa a.k.a Datuk K ini. Hampas kelapa yang dicampur
dengan air asam jawa juga boleh disapukan pada muka bagi mengembalikan
kelembapan kulit wajah.
Pelakon
cantik penuh kontroversi Nur Fasha Sandha Hassan atau Fasha Sandha juga
punya kulit yang cantik dan sekata. Rupa-rupanya pemilik salon Chinta
ini seorang yang gemarkan makanan jepun yang ala-ala mentah. Katanya
baik untuk dalaman dan juga mencantikkan kulit. Selain itu beliau turut
makan sejenis ubatan yang dibeli daripada sebuah kedai tabib cina yang
diberi nama royal jelly.
Rambut
Fasha juga sering kelihatan cantik, lebat dan bersinar. Mesti ada
rahsia disebaliknya. Memberitahu bahawa beliau akan mencuci rambut
bersama syampu sekerap dua hari sekali dan adakalanya akan menggunakan
munyak zaiton untuk disapukan pada rambut. Bau minyak zaiton mungkin
kurang selesa, namun khasiatnya kepada rambut memang berkesan!
Fasha
turut menambah bahawa ada kalanya dalam tempoh setahun dua kali beliau
akan menggunakan santan basi untuk diperapkan ke rambut selama
semalaman. Dipercayai ini dapat mengembalikan kekuatan, melebatkan dan
memperbaiki akar rambut yang telah rosak.
Seterusnya,
kemulusan kulit pelakon seksi Zila Bakarin sememangnya tidak boleh
disangkal lagi. Bukan setakat kulit wajah, malahan kulit badannya juga
turut bersinar, cerah, lembut dan gebu. Bertuah sungguh memiliki kulit
secantik dan segebu Zila. Sebagi petua mendapatkan kulit yang licin,
cantik dan mulus Zila menggunakan rawatan tradisional yang diwarisi
daripada ibunya.
Beliau
seringkali mandi bersama lulur susu, tepung beras dan juga santan
kelapa. Ketiga-tiga bahan tersebut mampu melembutkan kulit, membuang
daki-daki hitam di bahagian dan celah-celah badan yang tersembunyi di
samping mencerahkan kulit secara semula jadi. Kadang kala Zila turut
mencapurkan bahan–bahan tersebut bersama hirisan kunyit atau limau nipis
kerana bahan tersebut juga mempunyai khasiat yang boleh digunapakai
untuk menyegar dan mengembalikan keremajaan kulit.
Lama
sungguh tak dengar cerita Datin Norjuma Habib Mohamad kan? Bekas
pengacara Nona ini seakan menyepi diri selepas mendirikan rumah tangga.
Mungkin mahu memberi sepenuh perhatian kepada dua permata hati dan suami
tercinta Datuk Nazim Tun Abdul Razak.
Wanita
yang selesa bertudung ini sememangnya seorang yang cantik dan bergaya.
Katanya, beliau amat menitikberatkan pengambilan vitamin bagi memastikan
luaran dan dalamannya sentiasa sihat dan cergas.
Dididik
untuk sentiasa mengambil vitamin selepas bersarapan pagi semenjak zaman
kanak-kanaknya lagi, Juma turut mengakui bahawa pengambilan air suam
sekurang kurangnya dua liter sehari adalah amalan wajib baginya.
Baginya air suam sangat penting bagi menjamin badan sentiasa mempunyai
kandungan air yang secukupnya dan kulit tidak menjadi kering akibat
kekurangan sumber berkenaan.
Akhir
sekali, model dan pelakon cantik yang kini sudah bergelar ibu Yatt
Hamzah juga punya cara tersendiri untuk memastikan mahkota wanitanya
sentiasa dalam keadaan sihat dan cantik. Menggunakan ulam pegaga, buah
keras, buah mengkudu sebagai skrub pada rambut, Yatt memberitahu bahawa
bahan-bahan ini mampu menjadikan rambut lebih lebat dan hitam bersinar.
Selain itu, hirisan limau yang digunakan sebagai masker pada rambut juga
boleh membuatkan rambut lebih berkilau dan berbau harum.
Nampaknya
artis-artis yang penulis senaraikan dia atas ni lebih selesa untuk
menggunakan cara tradisional dan semulajadi bagi memastikan kelangsungan
kecantikan rambut dan kulit mereka. Sebetulnya inilah cara yang lebih
baik dan selamat! Bukan apa, ada sesetengah artis yang memilih untuk
ambil jalan singkat menggunakan botok atau suntikan bahan kimia yang
dibimbangi mendatangkan kemudaratan kemudian hari!
Insan
yang hatinya memang bersih dan suci memang tak payah nak gunapakai
pelbagai barang-barang penjagaan kulit yang mahal-mahal dan tak menentu
ni. Kan ke kesempurnaan luaran tu datang daripada dalamnya terlebih
dahulu!
Pengiklanan gunting rambut, cara lebatkan rambut, cara mendandan rambut, fasion rambut,klip rambut,pin rambut,rambut
rambut baru stacy,rambut perm,rambut stacy, relaxing rambut, saloon rambut, treatment rambut, kepala botak, masalah rambut, rambut mula gugur, keguguran rambut, rawatan rambut, rawatan botak, ubat botak, kepala botak , beruban , uban masa muda, potong rambut, kedai rambut, penyelesaian rambut
,
KLIK IKON TWITTER & FACEBOOK DIBAWAH & UTK KONGSI INFO INI DENGAN KENALAN ANDA YANG BERMASALAH RAMBUT !