FESYEN RAMBUT LELAKI TERKINI

Kalau kaum wanita suka menggayakan tudung dengan pelbagai fesyen, kaum lelaki pula suka menggayakan fesyen rambut supaya kelihatan smart kacak bergaya apabila keluar bekerja atau jalan-jalan atau keluar dating. =D

 

Aku sebenarnya sering menghadapi masalah apabila nak gunting rambut. Bila tukang gunting tanya nak style macam mana, kemain memeras otak nie fikir fesyen rambut apa yang aku nak buat sambil mata melilau tengok contoh style rambut yang biasa diorang tampal dekat kedai.

 

Kalau tersalah pilih style, rambut kau juga yang hodoh kan? Last-last suruh dia nipis tepi + atas dengan belakang gunting pendek + layer + jangan cukur sideburn (cliché!). Kalau aku cakap nak style rambut Zizan atau Awal Ashaari kan takut dia pulak yang tak tahu.

 

Btway, aku selalu gunting rambut dekat traffik light Kampung Tok jiring menghala ke Padang Air. Kalau dari Kampung Batu Enam, kedai tu sebelah kanan, sebelah kedai frame gambar. Kalau nak tengok lawa ke tidak dia gunting, boleh try gunting rambut dekat sana. RM7 harga dewasa. Nak murah pergi sana pakai baju sekolah haha. Malas nak gunting rambut jauh-jauh. Gunting rambut je pun. Gunting depan rumah sudah =.=

 

Fesyen Rambut Lelaki Terkini


 

Rupanya banyak gila fesyen rambut lelaki terkini yang sangat smart sekarang. Kebanyakan fesyen ini sering digayakan artis-artis tempatan.

 

Gaya Spiky


gaya rambut spiky

Gaya ini paling senang untuk digayakan. Letak gel sikit di rambut, buat pacak-pacak guna jari je. Siap! Aku selalu buat gaya ini zaman belajar. Sampai ke anak-anak buah aku terikut dengan gaya spiky(lah sangat) aku tu. Nak buat gaya ini, kena gunting layer baru lawa. Paling tak best bila buat gaya spyki, kalau pakai helmet. Habis rosak gaya spyki kau. Membazir masa pulak nak kena pergi toilet buat balik blergh!

 

Gaya Korea (K-pop)


gaya rambut korea

Bila rambut aku terlalu panjang, aku lebih suka menggayakan ala-ala artis korea(k-pop). Letak hair cream, tarik rambut ke depan biar menutupi bahagian dahi. Guna jari pun boleh. Siap! Suka style nie sebab kalau pakai helmet rambut pun tak terjejas. Lelaki jambu macam aku nie sebenarnya tak sesuai sangat buat gaya rambut korea. Ramai member yang kabo aku macam tomboy lol.

 

Gaya Mohawk


gaya rambut mohawk

Tak pernah lagi buat gaya mohawk dan tak rasa nak buat pun. Nak buat style mohawk mesti kena pakai gel yang banyak(kan?). Aku dah tak pakai gel rambut sekarang. Aku pakai cream hair Follow me je. Paling murah tapi wangi haha.

 

Gaya Zayn Malik


gaya rambut zayn malik

Nak sangat gunting rambut style gini tapi aku tak tahu nak cakap camne dekat tukang gunting tu. Nak cakap buat macam rambut Zayn Malik tapi aku takut dia tak kenal siapa Zayn Malik. Gaya rambut Zayn Malik sering digayakan oleh artis-artis Malaysia. Kemas!

 

Gaya Zizan Razak


gaya rambut zizan

Sekilas pandang, gaya rambut Zizan Razak memang diambil dari gaya Zayn Malik. Malah Zizan kelihatan lagi segak dan bergaya dengan gaya rambut ini. Kembanglah Zizan kalau baca blog aku nie(konon) haha.

 

Gaya Awal Ashaari


gaya rambut awal ashaari

Awal Ashaari merupakan ikon fesyen yang sering mengikuti perkembangan fesyen semasa tidak kiralah gaya rambut dan cara berpakaian. Adik-adik yang masih bersekolah tu jangan buat gaya gini ye nanti tak pasal-pasal kena gunting di guru disiplin. Rugi bayar mahak-mahal haha.

 



Mahu menrima Tips -tips penjagaan rambut terkini dari kami?
....Type alamat Emel anda dalam kotak dibawah dan klik "Subscribe":


Delivered by FeedBurner

Pengiklanan gunting rambut, cara lebatkan rambut, cara mendandan rambut, fasion rambut,klip rambut,pin rambut,rambut
rambut baru stacy,rambut perm,rambut stacy, relaxing rambut, saloon rambut, treatment rambut, kepala botak, masalah rambut, rambut mula gugur, keguguran rambut, rawatan rambut, rawatan botak, ubat botak, kepala botak , beruban , uban masa muda, potong rambut, kedai rambut, penyelesaian rambut
,


 KLIK IKON TWITTER & FACEBOOK DIBAWAH & UTK KONGSI INFO INI DENGAN KENALAN ANDA YANG BERMASALAH RAMBUT !